Saturday, November 19, 2011

segalanya untuk kau,Antasha :)

Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
hari ney,hari Sabtu.
hari ney,patotnye aku pergi warung,tapi ade masalah sikit,off day jap :P
Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa,Rabu.....
RABU !
habis laa melayang duit aku.
sebab Rabu ney,birthday adik aku.
mulai hari ney,dia da jalankan misi membodek hadiah dengan semua ahli keluarga aku.
nasib baik dengan abang aku dia tak bodek.HAHAHA.



ney laa adik bertuah aku,Antasha.
baik punye cara dia membodek aku hari ney.
masa awal pagi,rilex jek gadoh-gadoh segala.
tengah hari dia lepas dia mandi,okeyy bermula laa misi membodek aku.
nak taw dia guna cara apa.?

macam ney ;
- lepas mandi,dia ikut apa yang aku pakai hari ney.aku pakai kain merah,t-shirt putih.tuptup tengok,dalam hati berdetik " da kenapa budak ney ikut aku pakai apa.? ==' "
- selama beberapa jam,dia ikut jek aku ke mana mana.aku pergi dapur,dia pergi dapur.aku arahkan apa pun,dia ikut jugak.okeyy,time ney aku da nampak muslihat sebenar dia.muahahaha (ketawa jahat)
-aku makan,dia pun nak makan.aku da habis makan,dia merengek "nak makan dengan kakak,nak makan dengan kakak"


dik,kakakmu ini baru sahaja nak bershopping taw tak.
tapi,untuk kau dik,nanti kakak belikan kek dengan present yea *tu pun kalau cukup bajet*
kakakmu ini baru sahaja bercadang nak beli eyeliner,handbag baru,kasut baru,blouse baru,long necklace *long necklace tu mintak dengan buah hati jek laa :D * ,tapi oleh kerana setahun sekali jek birthday kau dik *mana ada orang sambut birthday banyak kali dalam setahun :P * kakak belikan lah jugak nanti yea.














*skandal tersayang,buah hati terchentaa,cepat balik yea.adinda nak mengempiskan kocek kekanda neyy. wink wink ^_^












*lagu tu saya tuju dekat awak :)
*beruang + panda = berANDA.kahkahkah.iloveyou sayang :)

Friday, November 18, 2011

kau taw tak dikk betapa susahnye aku nak dapatkan kebahagiaan yang aku rasa sekarang ney.?
kau jangan laa senang-senang hancurkan,musnahkan kebahagiaan aku dengan dia.
kau da taw status aku,lagi kau menggedik da kenapa.?
haihhhh,pakal jek taw tak,pakal jek kau tu kan dikk sangat diperlukan dekat situ.
kalau tak,da lama kau kena dengan aku dikk oiiii.
aku ney tengah belajar jd steady.
jangan sebab kau,steady aku hilang
relationship aku pun hancur.
time tu,memang aku bagi kau makan maki hamun laa.















*awak,,saya sayang awak sangat sangat < 3

i'm begging to you :'(

dikk,kau tolong aku boleh tak.?
tolong laa,kali ney jek aku minta tolong dengan kau.


















tolong jangan hancurkan kebahagiaan aku dengan dia. :'(
aku penat dikk asyik nangis jek bila dia tak percaya aku,marah.
aku sayang dia.
aku baru nak bahagia balik.
sekarang kami jarang jumpa.
aku tak nak sebab kau,berlaku apa apa yang tak diingini.







aku merayu dekat kau ney dikk.
aku lemah,aku tak boleh ada krisis lama sangat dengan dia.
sebab nanti aku rindu dia.
please,jangan kacau aku.
aku bukan perempuan yang suka pasang ramai ramai boyfriend ney.
aku setia dekat dia jekk !
tolong,bataskan pergaulan kau dengan aku.

Thursday, November 17, 2011

jangan scarykan aku :'(

semalam,16 Nov 2011.
semalam,skandal tersayang aku daftar masuk UiTM.
semalam sampai ahad nanti,dia buzy dengan Minggu Destini Siswa (MDS) *bukan dengan perempuan lain kan :'( *
semalam,aku buka page UiTM Segamat dekat FB,nampak gambar student situ bertemu jodoh dalam 1 fakulti laa,ape laa :'((


baru berapa hari,da rindu :'(
last jumpa Selasa minggu lepas.
tu yang rindu sangat.
2 hari berturut-turut sebelum dia daftar masuk UiTM,kami bergayut.lama kami bergayut.
semalam,rasa macam nak terbang pergi Segamat,jumpa dia.
haihhh,bawa bersabar yea Biha.
belajar tahan rindu tu :')













*aku nangis masa taip entry ney.serius,aku tak tipu !
** iloveyou,imissyou so much sayang :'(

Thursday, November 10, 2011

khas untuk awak < 3

ney masa akhir tahun 2009.
2009,mulut awak becok ! haha.
awak tau saya break,awak paksa saya cerita dekat awak macam mana boleh terjadi.
dulu sampai sekarang,awak masih sama. :)

ney masa awal tahun 2010.
saya suka kacau awak bila malam.hehe
bila tak mesej awak,rasa sunyi.
yealaa,tak dapat gelak gelak baca mesej awak yang masuk bakul angkat sendiri tu :D


pertengahan tahun 2010,awak kurus,makin kurus,kurus sangat :(
saya da biasa cubit awak lebih lebih.
bila awak kurus,saya cubit lebih lebih,awak da sakit.
tu yang tak best.hihi
tapi,bila awak rasa yakin dengan diri awak macam tu,saya tak kisah pun :)



hehehe.
hihihi.
peace yaww ! :)


sampai laa ke hari ney,11/11/11 *aku tak rancang pun nak post hari ney*
16/11/11 awak masuk ke fasa hidup yang baru.
permulaan sebagai seorang pelajar/mahasiswa.
tahun depan,saya semangat laa nak exam sebab kawan beat exam saya da start belajar.hihi
da lama tak beat dengan awak masa exam :)













perhubungan kita,biar laa ia berlalu mengikut takdir.
just hoping that our relationship will everlasting.
sejauh mana pun kita pergi,kalau ada jodoh,tak ke mana kan awak.? :)
sematkan dalam hati awak,saya sentiasa SAYANG awak.


*dialog dalam gambar adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan antara hidup dan mati :)
**gambar dilukis sendiri oleh tuan tanah ini.mengambil masa selama 3jam untuk disiapkan kartun yang tak serupa kartun tu :D

Friday, November 4, 2011

awak < 3

awak,
dengan awak,saya bebas berkata apa sahaja
dengan awak,saya menjadi diri sendiri
dengan awak,saya belajar dan mengajar awak sesuatu.

awak,
dengan awak,saya boleh bermanja
dengan awak,saya boleh menangis
dengan awak,saya boleh ketawa.
dengan awak,saya rasa selamat

awak,
tak lama lagi,awak nak sambung belajar daa.
pergi lah sayang,itu masa depan awak.
lepas ney dah jarang orang nak bawa saya pergi jalan-jalan,makan-makan
lepas ney saya kena belajar drive sendiri kalau nak pergi mana-mana.
tak pun,naik teksi balik :(
jaga diri awak dekat sana nanti.
saya sayang awak :D

kawan baru :)

Assalamualaikum.Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
hari ney,3 November 2011.
hari ney,hari khamis.
hari ney,aku mengada-ngada. #peace :)
hari ney,aku dapat kawan baru.
jap eah :)







bawah lagi :)









lagi sikit :D






cakkkkkk !


comel tak?comel tak?
hekk,tak comel.?biar laa.bukan aku nak bagi dekat kau pun :P
#err,abaikan gambar badak tu.aku punya suka laa nak pakai cadar apa :D

balik rumah jek terus peluk anak beruang ney.hihi
anak beruang,kita ada perjanjian kan.?
shh,tu antara kita jek.
orang lain tak perlu tahu :)


da,tu jek yang aku nak beritahu :)
gudnite all *aku taip masa nak tidur laa =='

p/s ; Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-22 tahun mama,ayah.
may Allah bless you always < 3

Thursday, November 3, 2011

hurm :(

Assalamualaikum.Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


title sedih kan.?memang pun.


hari ney aku ponteng sekolah :D
aku duduk dalam bilik jek.

aku pun terfikir........

nenek sekarang sakit.
orang tua kalau sakit,terlantar jek laa.
aku rindu Nasi Rawen yang nenek aku masak.
aku pernah cari Nasi Rawen dekat tempat lain,tapi takde yang sesedap nenek aku masak :'(


aku terfikir lagi.........

apa jadi dekat rumah aku,dekat aku,kalau abang aku da takde.?
aku bukan doakan dia pergi cepat.
tapi sebab aku da biasa uruskan dia,aku fikir macam-macam.
lagipun,aku ada mak cik serupa macam abang,tapi dia da meninggal tahun lepas.
family arwah terasa sangat kehilangan anak istimewa dyeorg tu.
kalau aku dengan family aku kehilangan abang aku,aku tak dapat bayangkan macam mana :(

da laa,aku malas nak cerita lagi.sedih bila taip ney :(

Thursday, October 27, 2011

=='

hari ney,dekat warung.
tengah sibuk sibuk,orang ramai ney,ada mak cik or pak cik *aku lupe,yang penting orang* nak beli air.
orang da makin ramai,dekat depan ada 2orang jaga,hujan pulak tu,acik suruh aku jaga depan kejap.
nak cedok air ney,tiba-tiba...........












































anak ikan jerung Masliea ; xpe Biha,biar aku buat *sambil tarik tutup tong air yang aku da buka tu,nak tutup balik.
aku ; tak payah laa ! *aku tertinggi suara dekat dia.



masa balik tu,dia senyap jek.tak bahan aku sangat.terkejut kott aku tinggi suara dekat dia.sebelum ney aku cakap slow jek.err,sorry yea Masliea.aku tertinggi suara dekat anak ikan jerung kau laa.nanti kau balik,pujuk dia balik yea.aku tak boleh pujuk sebab skandal aku marah nanti :)

Saturday, October 22, 2011

bosan =='

Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
aku bosan,tak tahu nak buat ape.
okehh,aku cuti 1 minggu semperna Hari Deepavali.
well,aku kan budak sekolah,haruslahh dapat cuti :D

tapi masalahnya,baru hari Sabtu cuti aku dah bosan,kaki da gatal nak keluar.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,takut nak keluar.
yealaa,hari tu aku dah dapat warning,tak boleh keluar lagi.
tapi,nak keluar jugak.
bosan dekat rumah takde benda nak buat.
takkan nak baca buku jek kott =='




hati dah meronta-ronta nak keluar pergi jalan-jalan neyy :'(

Tuesday, October 18, 2011

please,I can achieve it :)

pagi tadi kertas Pengajian Am 2.
haihh,sebelum examination tu,boleh pulak dapat balik kertas Pengajian Am 1 =='
tak perlu laa aku beritahu berapa aku dapat.terok gila !

but,kertas Pengajian Am 2 tadi not bad *hope so.

untuk permulaan ney,mengharapkan dapat 3 subjek lulus dengan principle.













mood ; hoping :)

Monday, October 17, 2011

entry paling pendek

will be back after final examination.
doakan result first examination Form 6 ney tidak mengecewakan sangat dan cikgu cikgu nampak potensi aku boleh berjaya dalam Form 6 neyy.



*for blog,after examination,I'll make up you okehh.lama tak cantikkan blog*

Saturday, October 15, 2011

post tak beradab =='

aku baru balik dari warung tempat kerja lama aku.
mak cik call aku tadi minta tolong kopek pisang.
kebetulan aku pun bosan tahap cipan kat rumah,yealaa selalu kan aku keluar hari sabtu.
dekat warung ada pembantu baru.it's a guy.
aku syak umur dia baya aku jugak dan aku syak mesti dia dapat gaji lebih dari aku pernah dapat.
sebab dia tolong mak cik dari pagi sampai pukul 6.
tapi aku tak kisah pun dia dapat lebih dari aku dulu.
he deserve it to get more than me.

dengan duit aku kerja dekat warung tu laa aku dapat belanja mama & ayah aku makan masa birthday dyeorang aritu.
dengan duit tu laa aku dapat beli purse Roxy *perlukemention =='
dengan duit tu laa aku dapat beli handbag,baju,belanja boyfriend sekali sekala,celebrate mothers & fathers day,aku pun tak ingat apa lagi aku buat dengan duit aku tu dulu.

err,aku sure korang mesti confuse sekarang.
apa kena mengena post aku dengan tajuk tu kan.?
aku pun confuse.
japp,aku punya suka laa nak cakap apa pun kan.
lalalalala~~



p/s ; adik aku panggil aku JAHAT tadi.terima kasih bagi title tu kat kakak.kakak hargai title tuu.tapi kau kena ingat,tanpa desakan aku,kau tak dapat hidup macam sekarang kau rasa dikk.
kau jadi sebahagian ahli keluarga kakak ney sebab kakak.

Monday, October 10, 2011

saja jek

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam 1 Malaysia semua
hari ney,saja jek nak update.hihi
last Saturday,8th October it was like a small gathering.
i miss them,miss 5ST1/2010.
nevermind,1 hari nanti kita dapat berkumpul semula,insyaAllah :')

next,teringin pulak nak pakai long necklace.
tadi tgk kat website www.a-fashion-story.com,cantik cantik long necklace tuu.murah pun yea.
kita ade contoh.
kat bawah tuu.
tu jek contoh.
nak tgk banyak banyak,bukak laa website yang kita bagi tu.
jumpa lagi :)




p/s : kita nak exam.doakan kita dapat result flying colour :)


Sunday, September 18, 2011

bebel kejap :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)
hari ini,baru nak update.
sebelum sebelum ney,malas,buzy,semua ada laa bila nak update.hihi
hari ney da terbuka hati sikit,sikit jek nak update blog.

nak story sikit.
pstt,meh laa dekat sikit dengan kita.













lagi sikit laa.hihi








kita nak story,yang kita tengah bahagia.HIHI

kita tengah bahagia dengan pasangan hubungan sulit kita. :D
walaupun kadang-kadang kami tidak sama pendapat dalam sesuatu perkara,tapi dia cakap ' tak semua benda kita kena sama kan.? '
memang betul cakap dia.
kalau asyik sama pendapat jek,bagi Biha macam tak seronok.
sebab dari kawan dengan dia dulu memang suka bertekak pasal sesuatu.
dengan dia,rasa senang jek nak cakap.
that's the reason why IFALLINGINLOVEWITHYOU :)

nak tau lagi tak.?
banyak perbezaan antara dia dengan orang yang buang saya macam sampah tuu

perbezaannya ialah ;

-dulu 'orang tu',nama dia dalam phone kita,tak special.nickname dia jek.macam tak kena ,tak sesuai jek kalau nak letak nama special.
bf skrg,nama dia special.biar lah rahsia apa nama dia dalam phone kita.hihi

-dulu 'orang tu' tak kisah pun pasal penampilan kita,kita gemuk ke,kurus ke.macam terabai.
bf skrg,kita pakai tudung macam ney,dia komen tak sesuai.badan kita gemuk,dia tegur,suruh kuruskan.prihatin kan. #diataknakbihamaluberdepandenganorang.

-dulu,kita tak pernah pergi beraya rumah 'orang tu'.walaupun dekat,tapi tak pernah pun pergi.kenapa ekk.?jawab sendiri laa.kita takde jawapan.
bf skrg,rumah dia jauh dari rumah kita.tapi kita pergi beraya juga rumah dia,sebab dia bawak kita pergi rumah dia.HIHI

-dulu,dengan 'orang tu',kita jarang keluar dengan dia,pergi dating #sebabduludatingkatsekolah.bosan :P
bf skrg,selalu jugak keluar pergi dating,walaupun ada orang teman.sebab mama kita tak bagi keluar berdua dengan lelaki.tapi dia tak kisah pun :)

-dulu kalau 'orang tu' bagi kita hadiah,ada jek tak kena.bagi gelang,kita tak suka pakai.bagi rantai,leher kita kena ruam.'orang tu' pun pernah tanya kenapa semua benda dia bagi dekat kita,semua tak kena.kita jawab dalam hati "mungkin kau tak sesuai dengan aku".
bf skrg kalau bagi hadiah,bila pakai nanti orang cakap cantik laa,berkenan laa :)

senang cakap kan,bf skrg ney special sangat.
-dengan dia,kita rasa selamat.
-dengan dia,kita rasa dihargai.walaupun kadang kadang dia kurang layan kita,tapi mesti ada waktu lain dia ganti layan kita.
-dengan dia,kita rasa senang.
-dengan dia,kita boleh senyum,nangis,marah.
senang cakap lagi kan,lepas mama ayah kita,dia orang yang jaga kita dengan baik.

"awak,saya tak tahu macam mana nak balas kebaikan yang awak buat untuk saya.kadang kadang saya ego,awak yang mengalah.saya tak fikir macam-macam yang awak da buat untuk saya.awak anugerah terbaik untuk saya dan saya akan tunaikan janji saya."

-saya sayang awak-




oke.tu jek kita nak story.tamat suda sesi jiwang berjiwangan.kbai :)


Thursday, September 1, 2011

kau,siapa kau.?
-hati yang selalu aku jaga
-orang yang banyak aku mengalah
-orang yang selalu aku pujuk
-orang yang aku selalu puji
-orang yang aku da lama sayang

tapi kau,
-kenapa susah nak mengalah dengan aku.?
-kenapa susah nak pujuk aku.?
-susah ke nak jaga hati aku.?













susah sangat ke nak jaga hati aku.?

Wednesday, July 13, 2011

life at KMJ :(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang.
sorry da lama tak update.
aku da keluar Kem Lagenda Gunung Ledang secara rasmi pada 5 Jun 2011.
tak sempat habiskan kem aku.
kiranya,penangguhan.
oke,seronok kena penangguhan =,=
sebenarnya kan,PLKN seronok tau ! serius ney.tak tipu.
minggu ke 2 aku kat kem,pengarah JLKN datang rasmikan latihan PLKN panggilan 2 siri 8/2011 dekat kem aku.
serius,aku rindu kem walaupun kat situ 3minggu lebih jek.
rindu kena marah,rindu kena denda,rindu kena beratur pagi kul 6.15,rindu jogging pagi,rindu poco - poco masa riadah.paling aku rindu,member member Bravo :(


tapi sekarang,aku sambung belajar dekat Kolej Matrikulasi Johor.
duduk dikalangan budak yang pandai pandai.
aku yang tak seberapa ney terkontang kanting.
ya Allah,berikan laa aku kekuatan untuk tempuhi kehidupan di KMJ ini.
ya Allah,permudahkan laa aku untuk terima apa yang pensyarah pensyarah KMJ sampaikan.
ya Allah,permudahkan aku untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

korang boleh rasa apa yang aku rasa tak sekarang.?
susah bagi aku untuk teruskan belajar dekat KMJ ney.
selalu rasa down.

tapi hari ini,aku cuba bangun kembali.
UPS (Ujian Pertengahan Semester ) da dekat.
jangan main main lagi Biha.
belajar rajin rajin.
mama,ayah,boyfriend,kawan kawan percaya kau boleh berjaya kat KMJ,Biha.
jangan putus asa wahai Biha.


bye korang.tolong,tolong doakan kejayaan aku sepanjang aku belajar ney.Amin.


dengan ini,aku tunjukkan sikit muka terbaru semenjak berada di KMJ ney.
aku da gemuk sangat sangat.
rindu berat 58kg aku masa sekolah dulu.
boyfriend da marah marah sebab da gemuk.
oke sayang,saya jadi orang baru lepas bersalin,pantang makan yea :D

Sunday, May 15, 2011

will miss this place,this person :)

benda ney kalau da skli makan kt sni,esok luse,dan seterusnye kau datang sni blek :)

kau kenal tak ape benda ney.?ney ubi kayu da kena ketuk,campur dengan kelapa dan gula.
namanya ubi getuk.ney pun kalau datang peminatnye,esok dan seterusnye datang lagi.sedap !

ney ubi kayu goreng :)

ce teka ce teka.HAHA.ney favourite aku :)
ney bom,eah salah,cekodok pisang.

lebar kan senyuman pekerja baru ney.?hehe
tapi 15 Mei,dy resign sebab nak buat preparation untuk sambung belajar :)

ney laa tempat kerja aku.kuat tau badi tempat kerja aku ney.aku da resign,nak pergi kerja lagi.
aku da skola,rindu tempat ney. =,=

anak tauke bersama pekerja bakal resign :P

tauke besar.bos ney baik tau.da laa bagi gaji,bawak kteorang jalan jalan pulak tu.dia sponser.
semoga semakin murah rezeki acik :)

actually,aku nak ambik gambar air yang warna warni tu,bukan gambar anak tauke tu.HAHA


aku da tunaikan janji aku sebelum pergi ke kem.
guys,doakan aku selamat pergi,selamat di dalam kem,selamat pulang yea.
-loveyouall-

Thursday, May 12, 2011

semua dugaan :(

orang tengah bercinta,memang kena berhadapan dengan macam macam dugaan eah.?
orang yang bercinta tu,kalau berhadapan dengan macam macam dugaan,pengakhiran mereka bahagia tak.?













aku nak pergi keluar dating pun susah :(
jangan gelakkan aku ! aku tengah sedih ney !
berapa hari jek lagi aku nak pergi Melaka.
nak jumpa dia laaaaaaaaaaaaaaa :'(

Saturday, May 7, 2011

hadiah untuk mama,ayah


sepatutnya,ia menjadi hadiah teristimewa buat mama dan ayah semperna Hari Ibu dan Hari Bapa.
tapi..................................
kenapa ramai membangkang.?
nak sangat sambung IPTA.
dari tahun lepas da rancang.
lepas habis SPM,nk sambung diploma,habis diploma,sambung ijazah.
habis ijazah,nak kahwin.
da kuar anak sorang,nak buat master pulak.
lepas tu bwt phd.

dalam perancangan tu,takde nak sambung STPM kan.?
so,tolong laa faham,saya tak nak sambung tingkatan 6.
tingkatan 6 tu,pilihan terakhir.

Friday, May 6, 2011

you're a part of my life :(

sejak tengah hari tadi,
sampai laa sekarang,
aku bermurung
aku bersedih
aku senyum terpaksa
aku menangis.

baru aku nampak apa yang cikgu aku selalu cakap
' dunia ini penuh dengan ketidakadilan '
kenapa orang yang aku sayang semua tak dapat.?
yea,memang rezeki aku.
aku bersyukur.
tapi,aku sedih.
kenapa tak semua orang yang aku sayang dapat.?

mas ; aku tak percaya kau tak dapat.bukan aku jek yang sedih,mak aku pun sedih.jangan putus harapan wahai kakakku :'(

awak ; jangan putus harapan sayang..masih ada lagi peluang yang lain.cukup laa perubahan awak,buat saya murung 1 hari.awak suka tengok saya sakit eah.?kalau macam tu,teruskan laa dengan perubahan awak tuu :'((

rakan rakan lain ; peluang masih terbuka.terima apa sahaja yang ditawarkan.mungkin ada hikmah di sebalik tawaran itu.


p/s ; kalau korang sedih,aku lagi sedih.
because you're a part of my life < 3

Sunday, May 1, 2011

cakk baa !

cakkk baaa !
Assalamualaikum semua.
Good Evening everybody.
sihat korang.?
harap harap sihat laa yea.
korang,kelmarin aku ada cakap aku ada test JPJ kan.
you know what.?
aku LULUS laa.hihi
semangat weyh aku pagi tu.
kul 6 pagi da bangun.hehe
siapsiapsiap.

( konon cuak laa.*memang pun )
tunggu laa van datang ambik aku.
pukul 8 pagi naik van.lepas 15minit camtu,sampai.
sampai sampai jek,tengok orang tengah kerumun kat 1 papan.
aku dengan confidentnye,pergi laa dekat situ,tengok nama aku.
then,aku pelik.
kenapa nama aku tak ada ney.?
aku tengok betul betul.
memang tak ada laa nama aku.
sekali,aku terpandang kelas lesen tuu.
haihh Biha,memang laa tak ada kalau kau tengok nama dekat list kelas B tuu.
tu untuk motorsikal.
okeh,aku tengok list nama yang betul.
no.21 -> NUR NABIHAH BINTI SHAHIR
okeh laa,layan.bukan boleh bantah pun dapat num belakang belakang.
so,pergi dekat urusetia JPJ tuu.
haihhh,takot laa tengok muka dyeorang.
yang perempuan,muka garang macam mama aku *betul mama,tak tipu.
yang lelaki,hurm...jangan cakap laa.
so,bila orang JPJ tu da ambil lesen L aku,pergi laa dekat pondok menunggu.
pagi,start pukul 9.
cikgu tu baru nak bukak mulut,membebel.
haihhh,daa laa num giliran aku lambat.
tak pe,aku sabar jugak.
da start daa ney.
num 1,da lulus.
num 2,3,4 dan seterusnya,ramai gagal.
okeh,korang buat aku cuak.
num 20,alamak,lepas ney turn aku laa.
eah,aku dapat kereta yang aku selalu pandu laa.hihi
*da masuk dalam perut kereta
err,kenapa kereta cikgu aku ney makin uzur.?
mana getah tempat pedal clutch tu.?
okeh fine.
layan laa kereta cikgu tu.
ngenggg ngenggg ngenggg ehikhikhik ! *aku da naik bukit laa.
aku ; encik,oke tak ney.?
pegawai JPJ ; haa,okeh okeh.jalan.
ngenggg ngenggg ngengggggggg !
part parking pulak.
ehikhikhikhikkkk !
pusingpusingpusing.
okeh,da masuk dalam kotak.
tin eah,asal tak boleh hon ney.?
ergh ! uzur giler kereta cikgu aku !
puan,tengoklaa hamba,penat hamba angkat tangan ney.
pegawai JPJ da bagi isyarat suruh jalan.
part 3 pointer.
jom kita main drift.haha
ngengggg ngengggg ngenggggggggggg !
da keluar dari tapak 3 pointer.hihi

ambik laa borang dengan pegawai JPJ.
eah cikgu ney,sibuk laa ikut saya.HAHA.
walaowei,lulus laa.
3minit jek.
sayang laa pegawai JPJ.HAHA

err,aku habis test bukit semua pukul 10.
err,test kereta di bahagian 3 akan dimulakan selepas ujian motorsikal tamat.
aku penat laa tunggu.
asal laa calon motorsikal ney ramai sangat =,=
11.30 pagi,bermula laa ujian jalan raya.
err,aku calon last sekali sebelum dyeorg pergi rehat.
lapar weyh perot aku masa tuu.
da laa tak sarapan.
da nak dekat turn aku,aku da pening,gastrik.
okeh,da sampai turn aku.
hehehehe.
aku dapat pandu Viva.
belajar kereta Kancil,test kereta Viva.hihi

jalan raya pun lulus jugak.
lulus sebab aku main mata dengan orang JPJ.
nak senang lulus,ikut laa cara sayaaaa~
HAHAHAHA

da laa,aku penat laa taip.
ngantuk laa korang.
tidur dulu laa yea.
byebye korang.

Selamat Malam.tidurlaa sayangkuuuu~


p/s ; one of the surprise for this 14th May :))


Tuesday, April 26, 2011

wish me luck :)

esok,27 /4/2011.
esok,hari Rabu.bersamaan,Wednesday.
esok,aku cuti kerja *da nak berhenti pun,nak cuti.
esok,aku ada test JPJ.
esok,gerenti tangan aku menggigil macam hape.
esok,gerenti jantung aku dup dap dup dap laju semacam.

guys,wish me luck tomorrow !
doakan laa aku lulus JPJ esok.
kalau aku gagal esok,kena bayar lagi,kena tunggu aku habis PLKN,baru boleh ambil test JPJ tu :(


bye guys :)
Selamat Malam,tidur laa,sayangkuu~~

p/s ; mati aku kejap lagi kena marah pasangan hubungan sulit aku sebab tak bagitau dia esok aku test JPJ.sory sayangggg.it's surprise.soley soley~~

Saturday, April 23, 2011

tak tau nak bebel apa =,=

Assalamualaikum semua.Good Evening everybody.
korang sihat.?mesti laa sihat kan.
sihat macam aku kan.? *aku muatan naik.
kalau korang sihat macam aku,lagi bagus.
tapi tak lama lagi,aku nak pergi PLKN daa.
muatan aku da nak kecik balik laa.hehe
surat da sampai,borang pun da isi,barang-barang pun da beli sikit sikit =,=
tarikh berhenti kerja pun da bagitau.
tah macam mana laa aku nak hidup kat sana.

( nasib baik aku kena kumpulan 2 )

eah korang,aku kan,ada coach..
coach kawal makanan aku.
tiap tiap hari dia tanya aku makan apa.
kalau aku makan lebih ke,yang tak patot makan ke,nanti dia bebel.
tak bebel,touching.haha
kadang kadang,aku langgar jugak pantang larang tuu * shhh,jangan bagitau coach aku.aku babap korang nanti.
tapi,aku da minta pelepasan nak makan macam macam seminggu sebelum pergi kem PLKN nanti.nasib baik dapat green light.hehe


da laa,aku malas laa nak bebel panjang panjang.
korang pun,bukan rajin pun nak baca membaca ney yea tak.HAHA.
bye korang.
Selamat Malam,tidurlah sayangkuuu ~~


p/s ; rindu laa nak macam dalam gambar tuu :(


( klik gambar untuk korang yang rabun )



Thursday, April 14, 2011

baik jugak rupanya aku ney :)

HAHAHAHA.
eah silap,Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ( konon patriotik =,= )
lama kan aku tak bersiaran.
saja aku tak bersiaran.
bagi latihan dekat korang ( macam laa ramai baca blog kau Biha ooiiiiii ! )

err,aku da nampak muka korang berkerut-kerut.
latihan apa yang Biha maksudkan ney.?

okehh okehh,biar aku jelaskan.
suda suda,buang kerut-kerut muka korang tu.
aku explain eah.

bulan depan,jiwa aku bakal teruji.
aku da nk pergi PLKN weyh !


( klik gambar kalau korang rabun (: )


apa kena mengena dengan tajuk post aku hari ini.?
ouh,bak kata Masliea,kalau dapat kumpulan 1,maknanya kau tu baik.
kumpulan 2 tu,kau baik sikit,nakal sikit.
kumpulan 3 tu,kau nakal banyak,baik sikit.

jadi kiranya,aku ney,ada baik jugak laa. ( yea Biha,sila sediakan bakul yang besar untuk masukkan diri kau )

nasib baik laa aku kena pergi 15 Mei.
kalau kena pergi 17 Mei,mau taknye aku meroyan ( okeh,aku tipu )
sebab aku nak meroyan,dirahsiakan.
siapa tahu,diam diam eah.
korang bising bising,aku sumpah korang jadi kereta Myvi ( kenapa kereta Myvi yang menjadi mangsa ? =,= )

ouh,aku perasan ada orang tanya result SPM aku haritu.
biasa-biasa jek result tuu.
yang penting,semua lulus. ( jawapan selamat )

da laa,aku malas nak bebel panjang panjang.
ouh yea,ada lagi 1. ( poyo laa kau ney Biha,tadi cakap tak nak bebel lagi )
esok aku ada QTI ( alaa,QTI pun nak bising )
agak agak korang,pass tak ekk.?
korang doa laa aku pass.
aku nak dapatkan lesen sebelum pergi PLKN tuu.
kalau aku fail JPJ sebelum pergi PLKN,habis laa aku =,=
so,baik korang doakan aku pass JPJ nanti.hehe

oke laa,aku da malas nak bebel lagi.( ney betul betul da malas )
semoga bahagia selalu.
bye bye korang :)

Friday, March 18, 2011

tolong pergi JAUH dari hidup saya !

semalam mimpi tentang orang yang hancurkan hati saya dulu.
mimpi dia meninggal dunia.
yang peliknya,mak dia siap call nombor baru saya,merayu menziarahi anak dia kat hospital,maafkan kesalahan dia.
lepas tu,mama pun kejut dan mimpi saya tergantung =='

sebenarnya,apa awak nak.?
datang dalam mimpi saya,nama awak sibuk ada kat home Facebook saya.
saya betul betul tak faham.
kenapa mesti awak yang muncul dalam mimpi saya.?
saya nak mimpi orang lain,bukan awak.
segala kenangan kita dulu saya da padam,da buang.
saya tak pernah ingat awak lagi.
tapi kenapa awak datang dalam mimpi saya.?
please,stay away from me.
kalau awak nak minta maaf kat saya,saya da lama maafkan awak.
tapi itu sesuatu yang mustahil untuk awak lakukan.





*cuma 1 yang saya minta,tolong jangan muncul dalam mimpi saya lagi.ada hati yang lain perlu saya jaga dan orang itu lebih layak menjaga hati saya.awak pun sedang bahagia dengan orang lain.

Thursday, March 17, 2011

dup DAP dup DAP

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua :)
korang sihat tak?
of course laa sihat kan
kalau tak sihat,makan ubat tau ! * aku suruh orang makan ubat bila sakit,aku sendiri tak makan ubat.HAHA*
hari ini,berapa hari bulan ekk.?
well,semenjak dua menjak sepuluh menjak da xpergi skola ney,aku da xsimpan kalender dalam bilik aku lg..hihi
jap jap aku tengok handphone bling bling aku
ouh,hari ney 17 Mac 2011/Khamis.
korang tau result SPM kuar bila tak.?
tau ke.?alaa,please laa,korang buat buat tak tau laa.
semenjak dua menjak sepuluh menjak ney,jantung aku ney berdegup laju jek.
orang yang nak nikah pun jantung tak berdegup laju cam aku.HAHA

mana tak nye jantung aku berdegup laju,aku,mama aku mimpi pasal result tuu.
mama aku tak cakap pun dalam mimpi dia result aku berape =,=
bahaya woo mama aku ney.masa aku ambik UPSR pun,result da nak kuar,dia mimpi jugak.
vely dengerus lorhh *very dangerous laa*
tapi aku tak nak tau pun,sebab mimpi tu khayalan tidur kan.kan kan kan ?*ayat sedapkan hati semua orang*
masa aku taip post ney,tinggal 6 hari jek lagi.
aku tak nak ambil result boleh tak.? =='
ta alif kot laa.
yealaa,mana laa tau kan,result tu tak seperti kita harapkan.hurmmm

da laa,malas laa nak cerita pasal result..huhu
kita change the tapioca eah salah,
change the topic.hehe
tapi nak story morry ape ekk.?
ouh oke,da dapat idea.hihi

antara stalker stalker blog ney * perasan cam ramai stalker jek plak kau Biha*,sape dapat PKLN.?haha
cehh aku gelakkan orang,aku pun terpanggil berkhidmat untuk negara terchenta ney..hehe.
actually,aku rasa cam tak sabar plak nak berkhidmat untuk negara..
bukan semua orang dapat pakai baju celoreng celoreng biru hitam tu.
tapi seriously,rasa excited jek nak pg PLKN tu.
err,bukan sebab aku nak cari abang botak.HAHA
aku terasa jealous dengan Masliea yg da men musang terbang *flying fox* tuu.
jealous jealous jealous =,=
wahai JLKN,cepat laa hantar surat PLKN tu dekat rumah aku.hihi

lagi nak story ape neyy.
semenjak dua menjak sepuluh menjak da tak sekolah ney,aku da ketandusan idea nak tulis ape kat blog ney.sorry korang..hihi
rasanye,da tak ade story kott nak story kat korang.
well,ketandusan idea.lalalala~~

next time aku story lagi yea.
byee official readers,silent readers,stalkers.
peace yaww ! :)

Friday, February 18, 2011

pisang PISANG ^^

Hello hello
testing testing 1,2,3
1 thing 2 do 3 words 4 youu..i love youu.
eah ternyanyi plak.hehe
Assalamualaikum semua :)
korang sihat tak sepanjang 3 bulan 3 hari aku tak update ney.?
of course sihat kan kan kan.hehe

memang betol aku janji dengan korang nak update blog lepas habis SPM kan.?
sorry sangat sangat sangat sangat :(
internet buat hal,aku buzy,aku part time kerja
bila aku nak update,aku pun tak tw laa

so,aku ade free time ney,aku nak bersihkan blog ney laa
da berhabuk,bersarang kucing,tikus,cicak,labah labah,macam macam sarang laa kat blog ney.hehe

Hah ! korang mesti tertanya tanya kan apesal laa entry aku kali ney tajuk pisang kan.?
tak tertanya tanya pun.?korang kena buat tertanya tanya jugak ! aku paksa ney ! muahahahahaha.

actually,aku sekarang mengantikan eah salah,mengcover masliea yang kena PLKN kumpulan 1 tu.so,aku kesian laa tengok mak ayah dia tak ade orang tolong dekat warung pisang bila masliea pergi PLKN ney.dalam masa yang sama,daripada aku mengembangkan badan duduk dekat rumah jek,baik aku pergi kerja yea tak..hehe.

hey,korang cakap apa.?aku tak dengar laa.?setakat warung pisang goreng,apelah sangat.?
Hello,untuk pengetahuan korang,warung pisang goreng BFF aku ney famous taw dekat kawasan perumahan aku dan sekitarnya.pelancong pelancong dari Singapura pun suka datang warung pisang goreng ney taw ! kalau korang nak tengok apa keistimewaan pisang goreng kat warung ney sampai ada ramai customer,nanti aku dah berhenti menabur bakti kat warung tu,aku tunjuk gambar pisang goreng tu okey !

eah korang,aku da ngantuk laa
izinkan patik beradu boleh.?hikhik
next time aku story morry lagi yea
ouh yea,terima kasih kepada follower baru,follower lama,stalker stalker,dan semua laa yang sudi baca blog yang berhabuk neyy.HAHA
bye bye and adios~ !